Monday 10 August 2015

Penantian satu penyeksaan

Tak semua orang dapat apa yang dihajati.
Tak semua orang tak pernah jatuh,
Tak semua orang faham ap yang kita rasa.

Pengalaman boleh mematangkan pemikiran seseorang.makin bnyk jalan yang kita lalui makin bnyak kita dapat lihat realiti sebenar.Kadang-kadang kita fikir kita dah diuji teruk skali oleh Allah. tapi kita lupa ada orng lagi teruk diuji tp dia reda.Yang penting kita kna ingat Allah xpanh uji hambanya jika hambanya xdapat tanggung ujian tersebut.


Sekejap je masa berlalu.please jgn terlalu stress. hadapi dengan tenang.. seberat mana pun duga mesti ingt. mak ayah  n Allah disamping kita.

wish me Luck !!

Smile Always.

Tuesday 4 August 2015

PUNCA DEMAM DENGGI

Demam denggi merupakan demam boleh dijangkiti oleh semua orang..Demam denggi merupakan sejenis penyakit disebabkan oleh  jangkitan virus ( Genus Flavvirus) yang disebarkan oleh nyamuk Aedes. Ramai yang mempercayai bahawa jika kita tinggal sekali dengan pesakit denggi akan dijangkiti tetapi itu tidak benar kerana nyamuk Aedes yang membawa virus denggi dari pesakit dan menggigit orang lain dan menyebabkan penyebaran virus ini akan berlaku.

                                                                                                 
Jenis Demam Denggi
  1. Demam Denggi biasa : Ia biasanya akan berlaku dalam tempoh 4-7 hari selepas gigitan nyamuk berlaku.Selepas itu,mengalami demam selama 2-5 hari, akan wujudkan ruam merah pada bahagian bawah badan pesakit.Namun ada juga pesakit yang mengalami bintik-bintik merah pada kesuluruhan tubuhnya.
  2. Demam Denggi Hemoragik ( DHF) : Turut dikenali sebagai denggi berdarah.Simptom-simptom awal demam denggi hemoragik sama seperti demam denggi biasa.Namun berapa hari,pesakit akan menjadi lebih lemah dan kuat berpeluh.
  3. Demam kejutan denggi ; Gejala denggi akan menjadi lebih teruk dan diikuti dengan bahagian tubuh sejuk dan kekerapan berpeluh. 
  
Simpton Demam Denggi
  1. Demam kuat secara mengejut dan berterusan  
  2. Ruam pada kulit
  3. Sakit tulang,otot,sendi,biji mata dan kepala
  4. Hilang selera makan
  5. Pendarahan pada badan,hidung dan mulut

Friday 31 July 2015

SIMBOL TANAMAN DALAM LANDSKAP

Tanaman dalam landskap adalah tanaman yang digunakan untuk menghasilkan landskap yang cantik dan menarik. Ada diantara kita yang ingin melakarkan grafik atau lukisan tetapi tidak tahu simbol tanaman dalam landskap. Sebelum itu, APA MAKSUD LANDSKAP ?

Landskap adalah satu usaha untuk memelihara alam sekitar dan menjaga keindahannya supaya manusia dapat hidup dengan selesa dan harmoni.

Terdapat kumpulan tanaman untuk landskap iaitu:
  1. Pokok bunga semusim
  2. Pokok Hiasan
  3. Pokok Renek
  4. Pokok Palma
  5. Pokok Naungan
  6. Pokok Memanjat
  7. Pokok Kaktus
  8. Pokok Lendair
  9. Pokok Herba
  10. Pokok Paku Pakis
  11.  Pokok Penutup Bumi



 Simbol Pokok Hiasan







Selain itu, terdapat juga simbol binaan bagi landskap seperti dibawah.



Kesimpulannya untuk menghasilkan  landskap yang cantik dan menarik haruslah membuat perancangan yang teliti dari segi permilihan pokok, susunan yang dibuat dan kedudukan alat-alat hiasan seperti kolam dn sebagainya..














Thursday 30 July 2015

IPTG !!!!!



IPTG dikenali sebagai Institut pertanian titi gantong. Institut ini termasuk dalam kumpulan Institut Pertanian Semenanjung Malaysia (IPSM). IPSM bukan sahaja di Titi Gantong tetapi ada juga di Ayer Hitam Johor, Bumbung Lima, Serdang  termasuk Sabah dan Sarawak.
IPTG terdapat pelbagai jenis kursus yang ada antaranya :

  1. Tanaman Makanan
  2. Landskap
  3. Estate
  4. Ternakan
  5. Memproses Hasil Pertanian.
 Aktiviti yang dilakukan di Institut Pertanian.

Gambar dibawah ni merupakan aktiviti pelajar dalam kursus memperoses hasil pertanian.

 Aktiviti membuat tauhu.


 Aktiviti membuat kuih raya dibulan puasa.


Gambar dibawah akitiviti yang dilakukan oleh pelajar tanaman Makanan

Mengutip hasil kacang panjang.

Bagi pelajar-pelajar lepasan SPM yang tiada rezeki ke Universiti boleh je masuk di Institut Pertanian ni daripada duduk rumah melakukan benda yang tidak berfaedah. Bukan lama pun belajar di Institut pertanian ni 2 tahun je.. kalau sapa-sapa berminat boleh la memohon  secara online di  www.doa.gov.my